Selamat Datang ke Blog kami!!! :)

rss

Thursday, March 11, 2010

Refleksi oleh Hao Yuan

REFLEKSI


Pada hari pertama, kami diajari bermain sepak takraw. Kami dibahagikan kepada tiga orang setiap kumpulan lalu menjalani permainan itu dengan bertanding antara kumpulan. Kami bermain dengan seronok sekali walaupun masih belum memahiri permainan sepak takraw.



Selepas waktu rehat, kami berpeluang bermain congkak, salah satu permainan tradisional Melayu yang terkenal. Kami dapat bermain congkak dengan kawan-kawan setelah belajar peraturan permainan itu. Permainan congkak memerlukan pengiraan mental dan objektifnya adalah untuk memperoleh lebih banyak buah daripada lawan.

Seterusnya, cara bermain batu seremban juga kami pelajari. Permainan tersebut boleh dimain secara individu atau kumpulan. Kami juga bergembira mengawal chapteh di udara selama mungkin. Melalui bermain permainan tradisional, kami dapat memahami budaya Melayu dengan lebih dalam.Kami juga telah banyak memperoleh pengetahuan tentang permainan tradisional orang Melayu.


"Amazing race" dianjurkan pada hari kemudian di Geylang Serai. Kami diwajibkan mencari (dan juga membeli!) lima jenis kuih-muih mengikuti teka-teki yang diberi, misalnya pisang goreng, kuih talam serimuka, semosa, pulut panggang dan putu piring dari gerai-gerai di sana. Kami dibahagikan kepada empat orang per kumpulan untuk menjalani aktiviti itu. Dengan menyertai aktiviti ini, kami dapat mengenali lebih banyak jenis kuih Melayu. Kami dibenarkan menikmati kuih-muih yang dibeli meskipun salah atau betul.Aktiviti ini sungguh memanfaatkan bagi kami.

Kemudian, kami pergi ke sebuah restoran untuk menjamu selera. Makanan yang disediakan nikmat dan enak betul. Setelah habis mengisi perut, kami membeli bahan-bahan yang digunakan untuk memasak pada hari berikutnya. Kami singgah di sana selama sejam lalu berangkat pulang ke sekolah.

Pada hari ketiga, kami ke dapur Sekolah Menengah Nanyang untuk sesi memasak. Kami membawa bahan-bahan yang dibeli ke sana, contohnya santan, ikan bilis, telur, daun pisang, pewarna makanan, gula melaka, garam dan lain-lain lagi. Lauk-pauk yang kami sediakan termasuk nasi lemak, jemput-jemput ikan bilis dan onde-onde. Oleh sebab beban terlalu berat, kami berpasangan melakukan aktiviti itu. Dengan ini, kami boleh meringan beban dan menjadikan sesi itu lebih cekap. Guru-guru membimbing kami melalui setiap langkah dengan sabar. Kami juga mendengar arahan guru agar dapat mengelakkan kesilapan.

Sesi tersebut memakan masa kira-kira tiga jam. Semua orang berasa penat lelah apabila tamat. Walaupun begitu, kami berasa usaha kami tidak mensia-siakan setelah makan yang sendiri masak kerana makanan itu hasil titik peluh kami. Guru kami juga menyediakan minumum bandung untuk semua. Selepas makan, kami membersihkan dapur itu lalu pulang. Melalui sesi memasak ini, kami berpeluang belajar cara menyediakan lauk-pauk Melayu yang sedap. Saya berpendapat bahawa sesi ini mustahak bagi kursus tentang budaya Melayu.

0 comments:

Post a Comment