Selamat Datang ke Blog kami!!! :)

rss

Friday, March 12, 2010

Refleksi Saya____Ling Jun-Yu

Refleksi Saya
HARI PERTAMA
Pada hari pertama, kami diajari cara bermain sepak takraw dan kami berpeluang bermain sepak takraw. Kami dibahagikan kepada tiga orang di dalam satu kumpulan. Kami dapat bertanding antara kumpulan. Selepas itu, kami pergi ke kantin untuk manjamu sarapan pagi. Selepas itu, kami balik ke bilik MSP untuk belajar cara bermain permainan tradisional seperti chapteh, congkak dan batu seremban. Pada mula, saya tidak tahu cara permainan congkak dan chapteh. Tetapi selepas diajari Cikgu Nura, saya sudah tahu cara bermain permainan tradisional. Saya bermula bermain dengan Hao Yuan dan dia asyik memenangi saya. Saya paling suka congkak kerana permainan itu yang paling menarik dan seronok. Saya rasa saya perlu berfikir sebelum mengerakkan sebarang guli. Saya juga perlu berlatih agar teknik bermain batu seremban saya akan diperbaiki.

HARI KEDUA
Pada hari kedua, kami berangkat ke Geylang Serai untuk bermain "Amazing Race" untuk Jalan-jalan Cari Makan. Kami diberikan lima teka-teki untuk lima jenis kuih. antara kuih-muih itu ialah pulut panggang, Kuih Talam Serimuka, Samosa, Pisang Goreng dan Putu Piring. Kami berbelanja banyak masa di teka-teki Pulut Panggang dan Putu Piring semasa mencari makanan tetapi kami tidak mendapati kuih yang betul. Selepas itu, kami pergi menjamu selera di Hajah Maimunah. Makanan di sana amat enak dan lazat. Selepas itu, kami pergi ke pasar Geylang Serai untuk membeli bahan-bahan memasak pada hari ketiga. Kami membeli bahan-bahan seperti ikan bilis, garam, santan,daun pandan, serbuk kunyit, ayam, gula melaka, tepung naik sendiri, tepung pulut dan daun pisang.

HARI KETIGA
Pada hari ketiga, kami pergi ke Sekolah Menengah Perempuan Nanyang untuk meminjam bilik memasak mereka untuk memasak kerana sekolah kami tidak mempunyai kemudahan sebegini. Kami membawa bahan-bahan kami dan menyeberangi jejantas ke Sekolah Nanyang. Kami perlu disimbahi hujan semasa kami berjalan di tepi jalan dan kami perlu membawa bahan-bahan yang berat. Apabila kami tiba, kami dipasangkan untuk memasak. Kemudahan memasak di situ sangat lengkap. Apabila kami sedang memasak, saya baru dapat merasai beban ibu memasak setiap hari dan keletihannya. Baru saya tahu makanan saya di atas meja ialah titik peluh ibu. Selepas memasak, kami masih perlu mencuci perkakas masakan di situ. Selepas itu, kami boleh makan makanan yang kami masak sendiri. Wah! Memang enak!

Hari Keempat
Pada hari keempat, kami berangkat ke Arab street untuk cari perbezaan antara makanan Arab, makanan Melayu, makanan Turkey dan makanan India.

0 comments:

Post a Comment